
1. Mesir kuno merupakan tempat lahir tamadun purba, kerana itu ia digelar sebagai “Ummu Dunya” (mother of the world).
2. Mesir juga merupakan antara tamadun purba terhebat dunia ketika zaman purba.
- Perjanjian damai yang paling awal direkodkan dibuat di Mesir.
- Lelaki dan wanita Mesir sama-sama memakai solek dan minyak wangi.
- Pekerja Mesir menganjurkan mogok buruh pertama yang dicatatkan dalam sejarah.
- Pekerja Mesir mempunyai pelan penjagaan kesihatan yang pertama direkodkan dalam sejarah.
- Orang Mesir Purba mencipta banyak perkara yang masih kita gunakan hari ini, seperti kertas, pen, kunci dan kunci dan percaya atau tidak ubat gigi!
3. Namun ia dianggap ketinggalan sejak kejatuhan Cleopatra hingga pemerintahan Rome, Mesir mengalami kekuasaan asing berterusan dan kering dari hasil dan sumber.
Situasi ini berakhir dengan revolusi 1952, kemudiannya di bawah pemerintahan Jamal abd Naser, Mesir menjadi Negara diplomatic.
4. Populasi rakyat Mesir seramai 114.5 Juta dan hampir 23 Juta rakyat Mesir memilih Kaherah & Giza sebagai tempat tinggal dan mencari sumber rezeki.
5. Apa yang membuatkan kota Kaherah ini tidak meletup adalah daya tahan penduduknya. Lihat sahaja jalan-jalan mereka, cara pemanduan. Mereka tidak akan bertahan dengan hanya satu kerja. Jika kita bersembang dengan pemandu teksi, atau ehailing, kebanyakan mereka mempunyai 2 hingga 3 pekerjaan dan sumber pendapatan.
6. Rakyat mesir memilih untuk menyerahkan fir’aun, monument, dan tinggalan-tinggalan misteri kepada para pelancong. Mereka tidak punya pilihan lain dek kerana tekanan hidup serta sangat sibuk dengan kehidupan seharian. Akibat dari itu barat & negara luar lebih terkehadapan dalam mengkaji & mengembangkan egyptologis berbanding Mesir.
7. Peratusan penganut agama masyarakat mesir, lebih 90% daripanya beragama Islam, kerana itu Mesir sangat kuat budaya islam dalam masyarakatnya di serata tempat. Penganut kristian pula dianggarkan berjumlah lebih dari 5 Juta orang. Namun ia tetap boleh kita katakan hubungan antara agama disini sangat Harmoni. Selebihnya adalah aties dll.
8. Dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil, kebanyakan rakyat Mesir khususnya di kawasan delta, menghantar seorang dari setiap keluarga untuk bekerja di Negara-negara Arab seperti Kuwait, Bahrain atau Arab Saudi. Hingga pernah satu ketika jumlah rakyat mesir yang bekerja di luar Negara mencecah lebih dari 3.5 Juta orang.
9. Negara Mesir kita boleh katakan penuh dengan pemandangan debu, padang pasir serta warna kuning coklat. Namun disebalik itu jika kita lihat melalui peta, kita akan dapati terdapat seakan-akan bentuk urat biru gelap yang menjalar keatas bersambung dengan laut. Itulah yang dikatakan “Nil jantung Mesir”. Negara ini mungkin luas di kawasan, namun beribu-ribu tamadun dahulunya sentiasa berpaut dengan benang pembawa nyawa (sungai Nil).
Ia berasal dari dua sumber berkembar di Afrika Timur, White Nile dari Lake Albert Uganda dan Blue Nile River dari Lake Tana Ethiopia yang kemudiannya bertemu di Sudan. Sungai Nil mengalir sepanjang 6,650 km menuju lautan Mediterranean. Dari Aswan ke utara Cairo, sungai terletak di lembah seperti parit yang dipenuhi dengan sebidang tanah pertanian kaya, beransur-ansur meningkat hingga lebar kira-kira 19 km.
10. Berdasarkan catatan ukiran di dinding-dinding gua, Mesir telah didiami sejak zaman Paleolithic 25,000 tahun sebelum masihi apabila seluruh afrika utara penuh dengan padang rumput yang kaya dengan hidupan liar dan tasik. Perubahan dramatik pada iklim menjadikan padang rumput berubah menjadi padang pasir, memaksa manusia berhijrah ke sumber air samada kawasan oasis atau lembah sungai Nil.
Penempatan yang bermula dari zaman Neolitik kira-kira 5 000 tahun sebelum masihi, telah menjumpai oasis barat di Siwa dan Kharga, juga di Fayoum. Masyarakat hidup melalui pertanian dan memancing serta berkemahiran untuk menghasilkan bahan tembikar dan tenunan. Mereka telah membentuk dua kumpulan yang ditakrifkan secara geografi, “Upper Egypt” sepanjang lembah Nil, dan “Lower Egypt” yang berpusat di delta Nil.