







Pada 6 Oktober 1973, bersamaan 10 Ramadhan 1393H, tentera Mesir dan Syria melancarkan serangan mengejut terhadap Israel, menandakan bermulanya Perang Yom Kippur atau lebih dikenali di dunia Arab sebagai Perang Asyir Min Ramadhan.
Bagi Mesir, perang ini adalah detik kebangkitan maruah umat Arab setelah kekalahan memalukan dalam Perang Enam Hari (1967), di mana mereka kehilangan Semenanjung Sinai kepada Israel.
Namun di sebalik kemenangan moral dan pembebasan sebahagian tanah itu, ada kisah lain yang jarang dibicarakan kesan mendalam terhadap perjuangan Palestin.
Selepas perang ini, Camp David Accord (1978) ditandatangani antara Mesir dan Israel dengan jaminan pemulangan Sinai kepada Mesir.
Tapi dalam masa yang sama, Israel mendapat “jaminan keselamatan” daripada ancaman terbesar dunia Arab.
Dan sejak itu, Palestin kehilangan sekutu paling kuat di sempadan selatan.
Perang ini bukan sekadar pertarungan senjata, tetapi permulaan perubahan geopolitik Timur Tengah di mana perjuangan Palestin semakin sunyi,
dan dunia Arab berpecah pandangan antara “damai” dan “perjuangan.”
📅 6 Oktober disambut setiap tahun di Mesir sebagai Hari Tentera Mesir,
namun bagi rakyat Palestin, hari itu menjadi tanda bermulanya era kesepian panjang dalam perjuangan mereka menuntut tanah air.
📲 Hubungi kami: http://wa.me/60133012374?text=PTkembaramesir
🌐 Layari: http://kembaramesir.com